Di awang awangan

Kerisauan yang aku jangkakan akhirnya berlaku
Semua di luar jangkaan aku
Seperti duduk keseorangan di alam yang mula asing bagiku
Bukan tak merasa kehadiran orang sekeliling
Bukan tak merasa adanya ALLAH untukku
Tapi hati mula tidak takut akan DIA yang MAHA KUASA
Aku mula mengunci mulut pada benda kebaikan
Melontarkan kata pada yuang tak bermanfaat

YA
HDA aku yang tak betul
Itu sebab aku hilang kawalan
Kotornya hati aku
Hina nya aku berada di muka bumi ALLAH ini

Kini
Aku mula membenci mereka
Ya
semua mereka
Semua hipokrit
kononya mengatakan aku yang menepis
tangan yang menghulurkan bantuan
cehh
fikir dulu sebelum berkata apa-apa

Lelaki
huh!...mereka dah mula mengacau hati aku


u-turn
Semua silap aku sebenarnya
mereka tidak salah
aku yang tak dapat membantu diri sendiri
aku yang gagal menundukkan nafsu jahat dalam hati

Please
kamu
jangan hadir dalam hidiup aku lagi
kamu semua penipu



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

reaLLy not u

Alhamdulillah....

Lucu yang terAMAT
Senyum yang tak lekang bila terkenang memek mukanya
Pada awalnya sungguh kerisauan
takut2 hati terdengar keluhan dari dia lagi
takut ditertewakan
takut dimarah
lantas melarikan diri sebelum kena tocha

Gelak tawanya
membuatkan hati ini hilang kerisauan
Senyumannya membuatkan semua tanda tanya semalaman terjawab
walau tidak berhadapan
dari jauh sudah memadai


p/s : cmna la agakya penggunaan n layanannya ya...tak leh nak bayangkan...hu9...out of my mind...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SAYA n ANDA

SAYA

Insan yang penuh kelemahan....
Selalu tewas menepis bisikan nafsu....
Banyak memberi mudhorat pada orang lain...
Menyusahkan orang tak kira masa...

ANDA

Juga insan yang lemah....
Juga insan yang kekadang tewas dengan bisikan nafsu...
AKAN tetapi...
mudah memperbetulkan keadaan...
Suka membantu orang lain...
Peka dengan keadaan persekitaran...
mesra alam gitu..


SAYA n ANDA

Sungguh jauh berbeza..
Apatah lagi sikap...
Tentang jambatan plak....
Payah sangat nak bertembung memandangkan jambatan d pihak saya asyik mengalami
keruntuhan..

COMBINATION

Amat sukar berlaku
apatah lagi untuk menemui kesepakatan
dan kefahaman yang sama
selalu berlaku salah faham
memandangkan kedua-dua EGO
sukar nak mengalah dan memulakan
dan akhirnya..
KITA BERPERANG

ANDA n MEREKA

like u already said
jambatan korang kukuh
ada asas yang kukuh
satu kepala
alaaa
gabungan
MANTAP gitu


WAT ABOUT LOVE???

dengan saya..
----------
dengan mereka..
++++++++
bak kata org...
adakah orang suka
pada mereka yang
suka buat hal
apatah lagi
selalu sakitkan hati
..................

SAYA
akan jadi diri SAYA..

ANDA
?????????






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melangkahlah...

Untuk membuat sesuatu yang baik tapi tidak kita sukai...

Untuk melaksanakan kewajipan tapi terasa malas dan menyusahkan...
Untuk menunaikan tuntutanNYA tapi terasa berat dan tiada keinginan....

Bolehlah kiranya dimulakan dengan paksaan terlebih dahulu...
Minat boleh dipupuk kemudian....
Asalkan ia membawa kita dekat padaNYA,

Tidak kita sukai tidak mustahil akan menjadi kesukaan kita...
Tidak mustahil untuk melaksanakan tanggungjawab dengan ringan tulang dan senang hati...
Malah semua bakal menjadi tabiat dan resah hati bila tidak dilaksanakan...
InsyaALLAH...

ya...semua tidak mustahil...
hanya perlu paksa hati untuk melakukannya...
jangan dimanjakan...
bisikan memberikan 1000 alasan hanya agenda dia(Iblis laknatullah) semata..
untuk memperdayakan kita bersamanya di tempat yang amat mengerikan...
nauzubillahiminzalikh...

hanya perlu melangkah sekali....
PASTI hati ini dengan mudah akan cuba mengatur langkah seterusnya menujuNYA....
Yakin akan bantuannya....


hati ini akan terus berusaha....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati ini tengah berusaha

Dengan nama ALLAH yang maha PENGASIH lagi PEMURAH.....


Segala puji bagiNYA yang mmberikan nikmat kehidupan yang tidak putus-putus walhal kita sering kali melupakanNYA...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

Setiap hari diri ini cuba untuk merawat luka-luka yang terkesan dek kerana gagal mengawal nafsu...Alhamdulillah banyak yang ALLAH didik hati ini melalui kamu semua...Sampai kekadang kamu saya jadikan sarang kebencian yang bakal meletup pada bila-bila masa....Saya terlupa....Bahawa ALLAH yang beri semua tu...dan ada hikmah disebalik suatu kejadian...Thanks kepada kamu semua...:-)

Hati ini tengah berusaha...

Hati ini tengah berusaha..

"Saya taksub dgn satu ukhwah sehingga mengabaikan ukhwah lain"....huh!...agak pedih ayat tu...mungkin ada benarnya....Sebab tu kekadang saya lebih memilih untuk bersendiri....agar ayat tu tidak dilemparkan kepada saya lagi....

Saya nak membuat pengakuan....Saya dalam keadaan stabil sekarang...Saya tidak marahkan sesiapa...Kalau saya tidak bercakap tu bukan bermakna saya marah....Just kelu lidah untuk berkata-kata...Pandangan saya mungkin tajam...muka saya mungkin masam...Tapi itu bukan bermakna saya marah atau apa2 tanggapan kamu...ada hal-hal lain yang menggagu fikiran menyebabkan hati ini sukar untuk menampakkan kegembiraan..

Saya sedar siapa saya...saya seperti kamu...Yang banyak kelemahan...Saya tahu tentang tu....sememangnya saya terima kelemahan kamu sebaimana saya mahu kamu terima kelemahan saya...kamu juga harus ingat....kegagalan hati ini mengawal diri bukan kerana saya tidak terima kamu seadanya...Tapi kerana saya juga manusia biasa yang kebiasaannya akan tewas menepis bisikan syaitan laknatullah...

Hati ini sedang berusaha...

Hati ini sedang berusaha...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nafaz Baru

Assalamualaikum.......


Lumrah bila kita mengaku Allah sebagai pencipta dan nak mengaitkan seluruh kehidupan denganNYA,kita akan di uji dengan pelbagai bentuk ujian..

Firman ALLAH yang bermaksud:

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Al-`Ankabuut:002


Sakit, sesak, letih dengan hentaman ujian yang bertubi-tubi adalah biasa bagi mereka berjuang di jalanNYA. Tapi kesakitan itu tidak sesekali akan menghancurkan kita kerana Allah telah berfirman:


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Al-Baqarah:286




Yakin dan pecaya kepadaNYA 100% adalah perkara pokok yang perlu diterapkan dalam jiwa seorang muslim....

Firman ALLAH yang bermaksud:

Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui(nya).


Actually sangat2 tidak layak untuk berkata bab2 agama. Diri sendiri mngalami masalah besar dalam mengenali DIA.tapi ada hati nak bawa orang mengenali DIA.Sedikit confuse dengan tindakan diri.Tapi ini cara aku memujuk hati..Agar hati ini tersentak dan cari semangat untuk bangun...Praktikal memang jauh lebih sukar dari memahami theory.Selama ini hanya tahu dan menyeru tetapi jarang2 sekali melakukan dan dapat merasai nikmatnya...Disitu la pincangnya perjalanan tarbiahku di KTD...


Baru beberapa hari yang lalu hati diketuk dengan nafas baru.Apabila pokok masalah dapat digali terasa hidupku kembali bersinar."Aku tidak akan jadi seteruk ini lagi,aku akan lepas dengan masalah ukhuwah yang sangat2 membebankan.klo ada pun pasti aku akan kuat menghadapi ".Bisikku dalam hati...Sedikit lega...Aku akan bermula semula....Seperti kanak2 yang baru nak belajar membaca....Itulah yang terbaik buat aku...agar perjalanku di kemudian hari lebih bersemangat.


Tapi mampukah aku?Nak ke mereka membantuku???bisik hati kecil yang dhaif...huh!..Sungguh aku kena bermula semula...Even nak yakin n percaya kepada ALLAH pun aku selalu goyah apatah lagi percaya kepada orang disekelilingku...

Terkenang diriku apabila mula menyahut seruan pihak HEP KTD untuk jadi FASI pesat,bukan main aku lantang berbicara mengajak mereka kembali pada ALLAH...Langsung tak fikir tentang ujian yang bakal diterima oleh penyampai....Sungguh ego n angkuhnya aku ketika itu...Sekarang aku tersungkur dengan apa yang aku pernah sampaikan....Hati aku tidak ku isi dengan asas yang kukuh..Mereka silap menilai aku..Aku tidak sepatutnya memegang semua tu....Sungguh itu adalah kejutan..

Kali ini aku betul2 redha....Redha dengan natijah pada perbuatanku..Aku nak bangkit semula..Selama ini sungguh aku di kuasai nafsu...Aku tak nak dah benda ni...sangat2 menyakitkan bila terpaksa ikut telunjuk nafsu dek kerana kurang iman dalam hati...

Mohon pertolongan
Awak...

Tolong ajarkan saya tentang Islam
Tolong kenalkan saya pada ALLAH
Tolong bawa aku bersama-sama menuju kepada DIA

Jangan tinggalkan aku
Aku tahu aku banyak menyakiti hatimu
Aku tahu awak tergores dek perbuatan bodohku
Aku sedar semua tu....
Maafkanlah aku
Jom lah kita bermula semula

aku mohon Bantulah aku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sharing

Assalamualaikum.....


Alhmadulillah.....

Amalan 5S

Salam
Senyum
Syukur
Sabar
Setia

Perkongsian dari persatuan wakil PIBG Sekolah Menengah Chini

p/s: Moga kita dapat praktikkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat mereka yang Caring ttg aku...

Assalamualaikum....



Biarkan airmata ini mengalir....Airmata ini airmata kesakitan n kebencian....Biarkan ia mngalir....jgn di halang....Dalam hati byk sgt kekotoran....Ia tumpah kerana hati asyik memendam.....Ini dah kira ok kerana tindakan fizikal tidak mnyusuli....Alhamdulillah Hati masih mampu bersabar walaupn airmata tewas untuk brtahan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hati Tersentak!!!!

Assalamualaikum.....



2 Sem lagi KTD bakal jadi kenangan....Tempat yang banyak mengajar diriku erti kehidupan....menyedarkan aku dari pelbagai bentuk kelalaian dan kelekaan...Selepas ini saya akan menerja alam pekerjaan...Tidak lah suspen sgt alam pekerjaan ni...kerana saya pernah menempuh pelbagai jenis pekerjaan pada masa dahulu (kilang kayu,kantin sekolah, amah dan byk lagi)...Sungguh tidak dapat dilakukan kerja pada masa itu....Niat saya tidak lain hanya kerana nak cari duit. cukup bulan terima gaji, belanja itu ini ...Tiada apa y di dapat melainkan penat n refill tenaga dgn gaji yang terima...Sungguh banyak sangat kerugian pada ketika itu....

Tekad baru: Tak nak ulang kesilapan lama.....must be clear wat i want in life..REDHA n SyurgaNYA yang abadi.....

Sejak 2 menjak ni matlamat semakin kabur....i dont know i fight 4 wat....Semuanya semakin kabur....Kelas demi kelas saya tinggalkan, masuk lewat, tidur dalam kelas,markah test yang amat mngecewakan, semangat belajar semakin luntur.....Sahabat tegur hati ni tersentak gak tapi tak buat pembaikan pun....ibaratnya masuk telinga kanan kuar telinga kiri.....Kalau dahulu saya ada senior sebagai tempat menaikkan semangat....skang ni...adesss....Takutnya....kenapa ini tiba2 terjadi....baking tul saya kali ini.....


Jejak demi jejak saya susuli untuk mencari di mana pincangnya...Jawapan tidak saya temui....Skitnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja.....

Terkenang mereka yang memanfaatkan masa yang mereka ada....belajar bersungguh-sungguh...Mereka betul-betul fight 4 wat their studying....Hati tersentak....Wat different i with them...Our goals is same...but i...more to waste my time....why?.. Sepertinya saya kembali kepada saya yang dahulu.....

Oh tidak....Ini tidak boleh terjadi...Saya harus bangkit....anda juga harus bangkit....Kena buat yang terbaik....kena jugak...Bagaimana nak melayakkan diri antara yang berjihad n memperjuangkan agama ALLAH klo masalah sekecil ini tidak mampu untuk diselesaikan...

Wake up!...wake up!...wake up!......Walau dimana kita berada akhlak islam mesti ada dalam jiwa...Tunjukkan contoh yang baik... we must show "Qudwah Hasanah" with another person..Itu barulah menngamati Islam yang sebenar.....Jangan malas2....Jangan nak menangkan Syaitan n nafsu yang sentiasa mencucuk untuk menghumban kita bersama2NYA di Neraka yang penuh dengan kesakitan......


usaha...berusaha....dan teruskan usaha.....hingga ketitisan hayat yang terakhir.....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sharing

Assalamualaikum...

Perbualan Rasulullah dengan iblis...

Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Iblis, “Berapa banyak keperluanmu yang pernah kamu minta kepada Tuhan?”

Iblis menjawab, “Aku meminta 10 jenis keperluan iaitu:

  1. Aku meminta supaya dapat bergabung dengan anak cucu Adam dalam kekayaan dan anak-anak mereka. Setiap harta tidak mereka zakatkan, maka aku ikut memakannya. Aku juga turut memakan harta riba, harta yang haram dan harta yang tidak dimintakan perlindungan Allah.
  2. Aku ikut bersetubuh dengan orang-orang yang bersetubuh dengan tidak diminta perlindungan Allah. Kemudian apabila seorang anak dilahirkan hasil daripada hubungan itu, anak itu lebih mendengar perintahku dah lebih taat kepadaku berbanding Allah.
  3. Aku menemani orang yang naik kenderaan bagi mencari harta yang tidak halal.
  4. Aku meminta rumah, maka kamar mandi adalah rumahku.
  5. Aku meminta masjid, maka pasar adalah masjidku.
  6. Aku meminta Quran, maka syair-syair adalah Quranku.
  7. Aku meminta azan, maka suara trompet adalah azanku.
  8. Aku meminta tempat tidur, maka orang- orang mabuk adalah tempat tidurku.
  9. Aku meminta teman yang menolongku, maka kelompok Qadariyah adalah teman penolongku.
  10. Aku meminta sahabat karib, maka orang yang menginfakkan hartanya dalam kemaksiatan adalah sahabatku.

Wahai MuHammad, aku memiliki pelbagai jenis anak seperti berikut:

a. Atamah yang bertugas kencing di telinga orang yang tidur meninggalkan solat Isyak. Andaikan bukan kerana Athamah, setiap orang Islam hanya tidur sesudah mereka melaksanakan solat isyak.

b. Mutaqadhi yang bertugas menjadikan umatmu selalu menunjuk-nunjuk dalam beramal. Dengan demikian, Allah menghapuskan 99 peratus nilai amal mereka sehingga nilai amal mereka tinggal 1 peratus sahaja.

c. Kuhyal yang bertugas mengusap kelopak mata setiap orang yang berada dalam majlis taklim dam solat Jumaat sehingga mereka mengantuk dan tertidur. Dengan itu, Allah tidak memberikan kebaikan kepada ibadahnya sedikut pun buat selama-lamanya.

d. Dua anakku selalu duduk di punggung dan jari-jemari setiap wanita ketika mereka keluar rumah sehingga menarik perhatian lelaki yang melihatnya.

Begitulah serba sedikit dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan iblis. Strategi iblis itu menjadi dasar perilaku syaitan dalam menyesatkan manusia. Semoga Allah menolong kita dalam menghadapi musuh kita semua. Tanpa perlindungan daripada Allah, mustahil kita dapat selamat daripada jeratan iblis dan seluruh keturunanya. Ini kerana Allah mentakdirkan seluruh bani Adam memiliki pendamping syaitan.

(Taken from 3T: Taubat Tasbih Tahajud by Zaini Al Akbar pg 44-45)


****Perkongsian ringkas dari blog sahabat.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bermakna ka puasa dalam mendidik jiwa??



Bermakna ka puasa ku ini?Persoalan yang aku sendiri tidak tahu jawapan pd psoalan ini. Tetapi nampaknya lebih kepada puasa yang tidak ada nilai. Sedih cmpur kecewa....

Marah ku membuak buak pada tiap hari. Tapi hari ini pelik skit...Ia lebih kerap berlaku. Marah
ku yang pertama alhamdulillah aku berjaya susutkan. Malangnya marah ku yang seterusnya sangat membuak...Tingkahlaku ku menyokong kemarahan dalam jiwa...Sakit yang sangat seperti aku nak larikan diri dari semua orang. Kenapa aku marah???Aku sangat2 confuse dengan sikap aku kali ini..Tapi seperti disebabkan ego ku dicabar. Tinggikan suara padaku kerana ketidak fahamanku memahami pertanyaannya. Sungguh aku tidak dapat kawal keadaan itu. Aku malu.....Aku nak mengamuk....Yang penting sekali aku nak menangis....Bila marah menguasai diri sure aku pasti menangis.....menangis kerana hati sakit dikuasai kemarahan.

Bila ku fikir sejenak....Sepertinya aku pernah wat perkara ini pada orang lain...Memang benarlah ALLAH akan balas apa yang kita buat pada orang lain. Dan kini aku merasainya. Sungguh sakit rasanya....Maafkan diri ini pada sesiapa yang pernah diperlakukan seperti tindakan di atas..


Bukhari merekodkan Rasulullah berkata, "Puasa itu bagaikan perisai. Apabila kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Apabila ada yang mencaci ataupun menyerang, beliau perlu berkata: Saya ini berpuasa."

Terang sangat aku gagal mendidik jiwa dengan berpuasa..hati aku berdendam....Malunya aku dengan ALLAH...Aku tidak ada hak untuk berbuat demikian...Hanya di uji dengan sedikit ujian aku dah tewas..

Aku patutnya bersabar dan kawal tingkahlaku ku...Maafkanku YA ALLAH......Maafkan ketidakpatutan sikap ini.....

puasa ku tidak bermakna. Hati aku tidak terdidik......astagfirullahala'zim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Expecting Zero

Assalamualaikum..........


Alhamdulillah...

ALLAH didik lagi hati ini....Alhamdulillah

Kita berhubung dengan ramai orang di sekeliling.Ada yang sekepala,ada yang berbeza dari pelbagai aspek.Ada berhubungan rapat dan ada yang sekadar kenal wajah....Hakikatnya Mereka sentiasa ada kaitan dengan kita sama ada kenal atau tak..Rapat atau tidak yakni "Saudara seislam".

Firman ALLAH swt:




“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..”Al-Hujurat:10


Rasulullah s.a.w bersabda:


“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”.

(Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Ada pelbagai sikap dan bentuk dalam kita berinteraksi dengan mereka sama ada yang dekat atau jauh.Dan ada pelbagai masalah perihal hati yang wujud.Itulah antara salah satu ujian yang ALLAH beri pada hamba2 NYA.
Agaknya bagaimana kita mengawalnya?bagaimana kita menyelesaikannya?...Amat sukar bukan?Memang sangat sukar bila kita mengharap yang terbaik dari mereka.Kita letak harapan yang tinggi pada mereka.Padahal mereka juga insan seperti kita yang penuh dengan kelemahan dan ujian sama seperti kita.

Apabila kita meletakkan harapan kepada mereka untuk buat ini,itu ,meletakkan peratus kepada mereka untuk melayan begini dan begitu pada kita.Kita pasti akan kecewa.

Situasi 1(Dalam sebuah keluarga)

Si anak mengharapkan ibubapanya memberikan 100% kasih sayang dan perhatian dari mereka.Apa akan jadi apabila mereka tidak mampu atau bersikap demikian malah melebihkan pada adik beradik yang lain?

Situasi 2(Dua orang sahabat)

Si A mengharapkan si B melayannya selalu,ambil berat tentangnya selalu,mesej dan contactnya selalu.Bila si B tidak dapat melaksanakannya apa agaknya perasaan si B??

Kita pasti sudah sedia maklum apa yang bakal berlaku.Marah,benci,dendam dan pelbagai sikap mazmumah menemani hati kita.Kedua- dua situasi sebenarnya menghubungkan kita dengan satu sifat yakni tahap bersyukur dalam diri kita.

Apabila kita expect tinggi untuk mereka memenuhi permintaan kita padahal mereka yang juga bergelar hamba seperti kita,kita pasti menemui kekecewaan.Apabila mereka gagal berbuat demikian,kita jadi sakit hati,menunding jari pandangan benci pada mereka kerana menyakiti kita dan banyak perbuatan tidak baik yang dibantu dengan cucukan iblis lanatullah.Tapi sedarlah sebenarnya kita akan tergolong dalam golongan hamba2 NYA yang tidak bersyukur. Nauzubillahiminzalikh...Kenapa nak pertikaikan apa yang kita tidak perolehi?

Expect la zero dari mereka.InsyaALLAH kita mudah menerima ujian yang ALLAH lontarkan melalui mreka.Jangan meletakkan harapan yang tinggi pada mereka.Hanya ALLAH lah tempat kita meletakkan harapan.Serahkan lah semuanya pada DIA yang maha Adil dan Bijaksana.Hati mereka juga dipegang oleh DIA sama sepeti kita.Bersyukurlah sentiasa dengan apa yang telah ALLAH susun untuk kita.Berterima kasihlah pada DIA dan mereka atas segala bentuk pemberian.Terima mereka seadanya.Kasih mengasihi,nasihat menasihati,tolong menolong tapi jangan sesekali mengharap sesuatu dari mereka.Tujukan lah segala bentuk harapan pada DIA yang ESA.Andai kita meletakkan harapan yang tinggi pada mereka,pastikanlah hati kita bersedia bersangka baik apabila dia gagal berbuat demikian....Pujuklah hati kita.

Sama-samalah kita fikirkan.....

maaf segala kekhilafan bila membaca entry ini....actually tak reti nak susun ayat.....



*entry ini adalah juga peringatan buat diri ini yang selalu lalai dan leka.harap dapat menjadi hambaNYA yang lebih bersyukur

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Go ahead

Assalamualaikum......

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah still rasa cebisan kekuatan dariNYA.....DIA memang tidak pernah meninggalkan hamba2 NYA....even certain time rasa keseorangan.....perasaaan yakin akan kasih sayangNYA masih dapat mendidik hati hamba2NYA.....

Betul???.....Salah???.....tak kan pernah mencapai kata sepakat....betul di pihak nya...salah dipihak lainya dan sebaliknya.....Tapi sebenarnya bukan persoalan ini yang patut di selesaikan...tiada yang salah dan betul....tapi menengakkan pendirian masing2 menyebabkan salah dan betul mahu diputuskan....

hati lain2 menyebabkan pendirian berbeza....tapi hakikatnya hati dipegang oleh "tangan" yang sama yakni ALLAH.....Berpegang pada syariat NYA akan menghasilkan matlamat dan akan memperjuangkan benda yang sama.....dan akhirnya wujud persamaan antara mereka dan aku...

satu benda yang terlepas pandang,kefahaman adalah berbeza.....apa yang mereka faham mayb aku tak faham.....apa yang aku faham mayb mereka tak faham....mahu diungkaikan semua tapi perdebatan selalu kalah di pihak pembangkang...pembangkang???...ya aku la pihak pembangkang.

Allah didik hati untuk terima dan redha.....menghormati dan cuba memahami pendirian dan situasi orang lain..hati tak bersyukur mengeluh("susahnya dan sakitnya hati aku nak terus cuba memahaminya...padahal entah dia cuba ke tak memahami diriku").sadis2

Satu perkara yang aku dapat simpulkan untuk beberapa ujian yang aku hadapi.....about them...REDHA....REDHA....REDHA.....mereka menyakitiku...redha...mereka mengabaikanku....redha....mereka meninggalkanku..redha.....why kena redha????sebab hakikatnya semua yang mereka lontarkan adalah dari ALLAH...

Adil??...simple word but difficult 2 understand..RM 10 bila di berikan kepada 5 orang tidak bermakna sorang KENA dapat RM2..ikut keperluan....sukar terjemahkn dalam ayat apa yang ada d kepala...huh!...INSYA ALLAH akan di jelaskan pada entry seterunya...

'maaf'...perkataan yang aku nak sangat lontarkan pada mereka....tapi ego mengatasi....kenapa aku asyik nak minta maaf walhal tak beberapa lama aku buat lagi....kenapa aku asyik nak minta maaf padahal aku tidak rasa aku salah....senang nak menyatakan teory tapi sungguh praktikalnya keluh lidah untuk berbicara...dalam proses....satu persoalan yang aku nantikan jawapannya sangat2....y mereka sukar menyatakan maaf padaku....tidak tahu ka mereka yang aku merasakan mereka salah padaku...or perasaan ini yang memang selalu salah...

akhirnya kedua- dua pihak mempertahankan ego masing2....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VS give up

Assalamualaikum....



Alhamdulillah sangat2.....kesyukuran dipanjatkan atas cebis-cebis kekuatan yang masih dirasai....Alhadulillah....

Hati sedikit mengeluh......penat,letih,sakit,nak larikan diri...........argh.......bosan dengan perkataan ni....

Melihat kekuatan mereka hati tambah nak mengasingkan diri.mereka hebat,hati mereka kuat,mereka matang.andai hati mereka lemah,mereka mampu atasi. Hati ini???...Apa kah kedudukan hati ini???unknown...

Banyak sangat tragedi baru-baru ini....Allah hadirkan untuk menguji aku...luluskah aku pada ujian ini????of course GAGAL...Aku dah cuba berusaha untuk luluskan diri....aku betul-betul berusaha....aku tak tipu...sungguh.....Aku wat kerja gila yang aku tak besa buat.Beramah dengan mereka..mengenal mereka...tapi feedback sangat mengecewakan......aku tak di hiraukan....Adakah kerana niat ku....Tapi aku dah cukup jaga niat kali ni....adessss


Rasa give up dah sangat menghampiri.....tak nampak jalan untuk teruskan....dikelililngi oleh benteng kukuh....tak leh nak lalu andai benteng tak di runtuhkan....Dalam kurungan benteng.....penat,letih....usaha meruntuhkan sentiasa gagal.Mengintai dicelah benteng,mereka yang di luar sedang bergembira,merasai rahmatNYA.Tidak nampak kesulitan pada wajah mereka....Mereka lah hamba-hambaNYA yang berjaya menundukkan nafsu mereka.Tahniah untuk mereka.

Bagaimana pulak dengan aku???....Malu pada diri sendiri...Selalu tewas buatkan diri ini tak mampu untuk berdepan dengan sesiapa lagi.Kesungguhan ini akhirnya tewas....tak nak wat apa2 lagi....tak nak berusaha lagi....keletihan ini perlu dirawat....Biarlah mereka dengan kegembiraan mereka.....Biarlah aku dengan kelukaan aku...cukup-cukup lah aku minta batuan dari mereka kerana hakikatnya aku yang tak dapat tolong diri sendiri...


Allah berfirman:


مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu





Ini bermakna semua yang berlaku pada hamba2NYA sama ada baik atau tidak adalah dariNYA....Apa yang berlaku semua ujian darinya.

Allah berfirman lagi:


لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

Aku patut rasa tenang dengan ayat ni.....Yakin dengan janjinya...Aku cuba terima segalanya.....
Tapi aku dah cukup penat..sakit dengan luka-luka usaha yang langsung tak menbuahkan hasil..
Biarlah aku mendiamkan diri sahaja..Aku tak perlu bersama dengan mereka pada ketika ini..Diamku tak bermakna aku nak mengasingkan diri dengan mereka selamanya.....aku tak kan berputus asa.....Doaku tetap bersama dengan mereka...love u ALL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

recheck takrif sayang bagi dirimu...


Alhamdulillah.....Allah beri peluang pada diri ini untuk merasai ujian dalam berukhwah.....Alhamdulillah...napa agaknya????
sure kerana MAHA PENGASIH N PENYAYANGNYA cuba mengajar hambanya untuk menilai tahap cinta sebenar hambaNYA denagan diriNYA....banyak yang telah ALLAH beri nikmat n bimbingan pada diri ini....Tima Kasih ALLAH

Ada nekad dalam diri ini tapi mampukah:

tak nak cemburu melainkan cemburu yang dibenarkan
tak nak mendesak melainkan desak yang dibenarkan
tak nak berebut melainkan rebut yang dibenarkan
tak nak mengharap melainkan mngharap hanya padaNYA

yyy?????

kerana hakikatnya amat mnyakitkan....bukan sebelah pihak tetapi kedua belah pihak...
sedih...sunyi....keseorangan....inginkan perhatian....nak disayangi....bersembang mesra...
berkongsi suka duka..... suma lumrah....tapi biarlah keranaNYA....

Bila bukan keranaNYA....kesanya tragis

hati cemburu dia dengan orang lain
hati sakit bila dengan orang lain dia sembang mesra tapi tak dgn kita
bersembang benda yang tak bermanfaat...
bencikan orang yang rapat denganNYA....

apa nak kisah dengan suma tu......yang penting kita mndoakannya selalu......
tak penting untuk bersamanya selalu...
melayakkan diri ke syurgaNYA n melihatnya disana yang amat membahagiakan...

SAHABATKU... ku harap hatimu akan terus kuat melawan nafsu n ujian ALLAH....kejarlah cintaNYA dan bersandar n berpegangla pada taliNYA setiap perbuatanmu....


"Rasa cinta seorang hamba kepada Allah tidaklah boleh menyerupai cinta seorang makhluk kepada makhluk yang lainnya. Kerana, cinta (kepada makhluk) seperti itu merupakan kecenderungan untuk menguasai dan mendapatkan sang kekasih. Hal ini merupakan ciri-ciri cinta jasmaniah.

Para pencinta Allah s.w.t. adalah orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam mendekati-Nya, bukan orang-orang yang menuntut mesti bersama-Nya (yakni, memaksa-Nya - Maha Suci Allah dari kehendak makhluk, Kehendak-Nya atas segalanya).

Orang yang menuntut itu berdiri sendiri dengan rasa cintanya (dengan sangkaan semata-mata), sementara orang yang bersungguh-sungguh itu turut larut dengan Kekasihnya. Orang-orang yang paling jujur dalam medan cinta adalah mereka yang bersungguh-sungguh meraih cinta yang ditakluki olehnya."


[Al-Hakim Al-Tirmidzi]

act tak kuat nak buat semua ni...tahu tapi praktikalnya sukar....seringkali tewas....tapi tak pa.....selagi ada keinginan SYURGA nya saya akan cuba berusaha......walaupu selalu tewas....tapi saya akan cuba lagi.....

chayoo2!! HASNIAH.....chayoo2!!!! semua......
:-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HATIKU





Firman Allah: "(Yaitu) di hari yang harta dan anak-anak tidak akan bermanfaat kecuali siapa yang datang mengharap Allah dengan membawa hati yang selamat." (Asy-Syura: 88-89).

Hati sihat adalah :

Apabila ia mencintai maka cintanya kerana Allah,
apabila ia membenci maka bencinya kerana Allah,
apabila ia memberi maka memberinya kerana Allah,
apabila menolak maka menolaknya kerana Allah.

Tapi hatiku tidak....hatiku sakit sangat....


Apabila mencintai selalu sahaja mengabaikan tanggungjawab ku pada Allah,
apabila membenci,benci ku kerana mereka tidak cuba memahamiku ,
apabila memberi,memberiku kerana ingin kan perhatian dari mereka ,
apabila menolak ,menolakku kerana tak sukakan n balas dendam pada mereka.

Semua PERKAITAN adalah pada "mereka",bukan pada ALLAH....Astagfirullahala'zim


hatiku hidup tapi dihinggap banyak penyakit
hatiku taat terhadap perintah ALLAH tetapi selalu juga berbuat maksiat
hatiku mencintai ALLAH,beriman kepadaNYA dengan ikhlas dan tawakal kepadaNYA
TETAPI juga mncintai nafsu dan kadang2 berusaha untuk mendapatkannya...


Hasad, sombong (dalam beribadah kepada Allah), ujub, dan terombang-ambing
antara dua keinginan yaitu keinginan terhadap kenikmatan kehidupan akhirat serta
keinginan untuk mendapatkan gemerlapnya dunia.


kebaikan bukan lah dilaksanakan seiring dengan kejahatan..Tetapi kebaikan dilakukan untuk menghapuskan kejahatan....
Hatiku pula asyik berlawanan antara kebaikan n kejahatan...Yang menyedihkan nafsu jahat seringkali mndapat kemenangan piala hati.....

Astagfirullahala'zim..

Marilah sama2 kita check hati masing2.....moga tindakan pemulihan akan menyusuri setelah kajian keatas hati masing2 dilaksanakan....carilah dimana kekotoran n sakitnya......InsyaALLAH segala nya akan berubah menjadi lebih baik....balik semula kepadaNYA......ALLAH HU AKHBAR

chayo2!!!!

:-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hati MeraJUK lagi



25/08.10~ dia datang lagi.....kekosongan kembali menggamit hati.......ku sangka kan hati da agak kuat untuk hal remeh, rupanya hati hanya kosong seperti tak pernah di isi dengan ilmu n kasih sayang......tak boleh nak salah kn orang lain kerana ia adalah salah sendiri....nafsu masih merajai hati walhal telah ku cuba untuk tewaskan......

hati merajuk sangat2......nafsu berada di tingkat tertinggi.....bukan aku tak lawan tapi hakikatnya aku tewas.....dari jam 11 malam - 3 subuh aku berperang dgn nafsu dan akhirnya aku tetap kalah dan keletihan.....hati dan mata keletihan yang sgt.....tanpa aku sedari rupanya aku tertidur dan bangun sempat untuk sahur dgn seteguk air......alhamdulillah.. ALLAH tahu aku dah tak kuat lalu merehatkn aku......aku mohon lama dah tuk menutup mata agar ksakitan tak berlarut.....tapi maha PENGASIH n PENYAYANGNYA terus melimpah agar aku cuba patahkan nafsu......berlawan n berlawan....even the end aku tetap kalah tapi di hati ini masih ada kekluatan....aku akn cuba lawan waktu n ketika yang len.....aku nak menang lawan nafsu aku....

sukar yang tersangat....effect berlawan dengan nafsu semalam...aku keletihan.... tak dapat fokus dengan apa2 lagi......badan aku lemah...hanya berbuka dgn sebiji kurma,buah n air sahaja pada malamnya....n sahur dgn seteguk air....bukan tak nak mengisi perut dengan nasi ifthar tapi kala hati merajuk selera makan turut pergi....

kelas demi kelas aku ponteng.....n kelas SK juga bakal aku ponteng....aku tak prepare langsung tuk test SK....fikiran masih bercelaru.......merajuk hati tak kurang lagi.....masih kukuh bertandan di hati....tanggungjawab ku yang len terabai dek kerana hati yang merajuk.....astagfirullahala'zim......

nilai ukhuwah pada memberi bukan menerima.....tapi aku masih mngharap pada perhatian.....

rupanya aku masih gagal mngurus hati ku pada nilai bersahabat yang sebenar.....kesimpulan yang sangat mnyedihkan......apa2 pun aku berterima kasih kepada dia n DIA....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahlan wasahlan Ya RAMADHAN


Assalamualaikum...........

setinggi2 kesyukuran kepadaNYA atas peluang demi peluang y DIA berikan kepada hambanya untuk mndekatkan diri padaNYA......Alhamdulillah.....

bagaimana pula dengan persediaan kita??......sedia ke tak??....insyaALLAH masih ada masa lagi....persiapkan la diri untuk mnyambut bulan yang penuh barakah ini.....anggap la ni peluang kita yang terakhir untuk mngumpulkn sebanyak banyaknya amalan n ibadat kepadaNYA....raikanlah kedatangan RAMADHAN AL MUBARAK.....ikhlaskan lah hati....bersihkanlah jiwa....carilah iman di dalam bulan ini......moga kita peroleh kebahagiaan n ketenangan jiwa.....

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

Riwayat Bukhari & Muslim

subhanaALLAH......besarnya ganjaran NYA n sayangnya DIA pada hamba2NYA...moga kita berada di kalangan hamba2NYA berusaha mndekat kn diri padaNYA.....

cebisan lagu dari RAIHAN......

Harapan Ramadhan

Lirik Lagu Nasyid Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui

Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada

Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan

Nafsu yang selalu membelenggu diri

Tiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah

Mengharungi segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah…

Dengan rahmatMu oh Tuhanku…

Ku tempuh jua

Ya ALLAH, bantulah kami dalam berhadapan dengan nafsu kami sendiri......jadikanlah kami antara hambamu yang mampu menundukkan nafsu kami......amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS