Bermakna ka puasa dalam mendidik jiwa??



Bermakna ka puasa ku ini?Persoalan yang aku sendiri tidak tahu jawapan pd psoalan ini. Tetapi nampaknya lebih kepada puasa yang tidak ada nilai. Sedih cmpur kecewa....

Marah ku membuak buak pada tiap hari. Tapi hari ini pelik skit...Ia lebih kerap berlaku. Marah
ku yang pertama alhamdulillah aku berjaya susutkan. Malangnya marah ku yang seterusnya sangat membuak...Tingkahlaku ku menyokong kemarahan dalam jiwa...Sakit yang sangat seperti aku nak larikan diri dari semua orang. Kenapa aku marah???Aku sangat2 confuse dengan sikap aku kali ini..Tapi seperti disebabkan ego ku dicabar. Tinggikan suara padaku kerana ketidak fahamanku memahami pertanyaannya. Sungguh aku tidak dapat kawal keadaan itu. Aku malu.....Aku nak mengamuk....Yang penting sekali aku nak menangis....Bila marah menguasai diri sure aku pasti menangis.....menangis kerana hati sakit dikuasai kemarahan.

Bila ku fikir sejenak....Sepertinya aku pernah wat perkara ini pada orang lain...Memang benarlah ALLAH akan balas apa yang kita buat pada orang lain. Dan kini aku merasainya. Sungguh sakit rasanya....Maafkan diri ini pada sesiapa yang pernah diperlakukan seperti tindakan di atas..


Bukhari merekodkan Rasulullah berkata, "Puasa itu bagaikan perisai. Apabila kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Apabila ada yang mencaci ataupun menyerang, beliau perlu berkata: Saya ini berpuasa."

Terang sangat aku gagal mendidik jiwa dengan berpuasa..hati aku berdendam....Malunya aku dengan ALLAH...Aku tidak ada hak untuk berbuat demikian...Hanya di uji dengan sedikit ujian aku dah tewas..

Aku patutnya bersabar dan kawal tingkahlaku ku...Maafkanku YA ALLAH......Maafkan ketidakpatutan sikap ini.....

puasa ku tidak bermakna. Hati aku tidak terdidik......astagfirullahala'zim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment