Hati ini tengah berusaha

Dengan nama ALLAH yang maha PENGASIH lagi PEMURAH.....


Segala puji bagiNYA yang mmberikan nikmat kehidupan yang tidak putus-putus walhal kita sering kali melupakanNYA...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

Setiap hari diri ini cuba untuk merawat luka-luka yang terkesan dek kerana gagal mengawal nafsu...Alhamdulillah banyak yang ALLAH didik hati ini melalui kamu semua...Sampai kekadang kamu saya jadikan sarang kebencian yang bakal meletup pada bila-bila masa....Saya terlupa....Bahawa ALLAH yang beri semua tu...dan ada hikmah disebalik suatu kejadian...Thanks kepada kamu semua...:-)

Hati ini tengah berusaha...

Hati ini tengah berusaha..

"Saya taksub dgn satu ukhwah sehingga mengabaikan ukhwah lain"....huh!...agak pedih ayat tu...mungkin ada benarnya....Sebab tu kekadang saya lebih memilih untuk bersendiri....agar ayat tu tidak dilemparkan kepada saya lagi....

Saya nak membuat pengakuan....Saya dalam keadaan stabil sekarang...Saya tidak marahkan sesiapa...Kalau saya tidak bercakap tu bukan bermakna saya marah....Just kelu lidah untuk berkata-kata...Pandangan saya mungkin tajam...muka saya mungkin masam...Tapi itu bukan bermakna saya marah atau apa2 tanggapan kamu...ada hal-hal lain yang menggagu fikiran menyebabkan hati ini sukar untuk menampakkan kegembiraan..

Saya sedar siapa saya...saya seperti kamu...Yang banyak kelemahan...Saya tahu tentang tu....sememangnya saya terima kelemahan kamu sebaimana saya mahu kamu terima kelemahan saya...kamu juga harus ingat....kegagalan hati ini mengawal diri bukan kerana saya tidak terima kamu seadanya...Tapi kerana saya juga manusia biasa yang kebiasaannya akan tewas menepis bisikan syaitan laknatullah...

Hati ini sedang berusaha...

Hati ini sedang berusaha...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nafaz Baru

Assalamualaikum.......


Lumrah bila kita mengaku Allah sebagai pencipta dan nak mengaitkan seluruh kehidupan denganNYA,kita akan di uji dengan pelbagai bentuk ujian..

Firman ALLAH yang bermaksud:

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Al-`Ankabuut:002


Sakit, sesak, letih dengan hentaman ujian yang bertubi-tubi adalah biasa bagi mereka berjuang di jalanNYA. Tapi kesakitan itu tidak sesekali akan menghancurkan kita kerana Allah telah berfirman:


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Al-Baqarah:286




Yakin dan pecaya kepadaNYA 100% adalah perkara pokok yang perlu diterapkan dalam jiwa seorang muslim....

Firman ALLAH yang bermaksud:

Ingatlah, sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui(nya).


Actually sangat2 tidak layak untuk berkata bab2 agama. Diri sendiri mngalami masalah besar dalam mengenali DIA.tapi ada hati nak bawa orang mengenali DIA.Sedikit confuse dengan tindakan diri.Tapi ini cara aku memujuk hati..Agar hati ini tersentak dan cari semangat untuk bangun...Praktikal memang jauh lebih sukar dari memahami theory.Selama ini hanya tahu dan menyeru tetapi jarang2 sekali melakukan dan dapat merasai nikmatnya...Disitu la pincangnya perjalanan tarbiahku di KTD...


Baru beberapa hari yang lalu hati diketuk dengan nafas baru.Apabila pokok masalah dapat digali terasa hidupku kembali bersinar."Aku tidak akan jadi seteruk ini lagi,aku akan lepas dengan masalah ukhuwah yang sangat2 membebankan.klo ada pun pasti aku akan kuat menghadapi ".Bisikku dalam hati...Sedikit lega...Aku akan bermula semula....Seperti kanak2 yang baru nak belajar membaca....Itulah yang terbaik buat aku...agar perjalanku di kemudian hari lebih bersemangat.


Tapi mampukah aku?Nak ke mereka membantuku???bisik hati kecil yang dhaif...huh!..Sungguh aku kena bermula semula...Even nak yakin n percaya kepada ALLAH pun aku selalu goyah apatah lagi percaya kepada orang disekelilingku...

Terkenang diriku apabila mula menyahut seruan pihak HEP KTD untuk jadi FASI pesat,bukan main aku lantang berbicara mengajak mereka kembali pada ALLAH...Langsung tak fikir tentang ujian yang bakal diterima oleh penyampai....Sungguh ego n angkuhnya aku ketika itu...Sekarang aku tersungkur dengan apa yang aku pernah sampaikan....Hati aku tidak ku isi dengan asas yang kukuh..Mereka silap menilai aku..Aku tidak sepatutnya memegang semua tu....Sungguh itu adalah kejutan..

Kali ini aku betul2 redha....Redha dengan natijah pada perbuatanku..Aku nak bangkit semula..Selama ini sungguh aku di kuasai nafsu...Aku tak nak dah benda ni...sangat2 menyakitkan bila terpaksa ikut telunjuk nafsu dek kerana kurang iman dalam hati...

Mohon pertolongan
Awak...

Tolong ajarkan saya tentang Islam
Tolong kenalkan saya pada ALLAH
Tolong bawa aku bersama-sama menuju kepada DIA

Jangan tinggalkan aku
Aku tahu aku banyak menyakiti hatimu
Aku tahu awak tergores dek perbuatan bodohku
Aku sedar semua tu....
Maafkanlah aku
Jom lah kita bermula semula

aku mohon Bantulah aku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sharing

Assalamualaikum.....


Alhmadulillah.....

Amalan 5S

Salam
Senyum
Syukur
Sabar
Setia

Perkongsian dari persatuan wakil PIBG Sekolah Menengah Chini

p/s: Moga kita dapat praktikkan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buat mereka yang Caring ttg aku...

Assalamualaikum....



Biarkan airmata ini mengalir....Airmata ini airmata kesakitan n kebencian....Biarkan ia mngalir....jgn di halang....Dalam hati byk sgt kekotoran....Ia tumpah kerana hati asyik memendam.....Ini dah kira ok kerana tindakan fizikal tidak mnyusuli....Alhamdulillah Hati masih mampu bersabar walaupn airmata tewas untuk brtahan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS