Hati Tersentak!!!!

Assalamualaikum.....



2 Sem lagi KTD bakal jadi kenangan....Tempat yang banyak mengajar diriku erti kehidupan....menyedarkan aku dari pelbagai bentuk kelalaian dan kelekaan...Selepas ini saya akan menerja alam pekerjaan...Tidak lah suspen sgt alam pekerjaan ni...kerana saya pernah menempuh pelbagai jenis pekerjaan pada masa dahulu (kilang kayu,kantin sekolah, amah dan byk lagi)...Sungguh tidak dapat dilakukan kerja pada masa itu....Niat saya tidak lain hanya kerana nak cari duit. cukup bulan terima gaji, belanja itu ini ...Tiada apa y di dapat melainkan penat n refill tenaga dgn gaji yang terima...Sungguh banyak sangat kerugian pada ketika itu....

Tekad baru: Tak nak ulang kesilapan lama.....must be clear wat i want in life..REDHA n SyurgaNYA yang abadi.....

Sejak 2 menjak ni matlamat semakin kabur....i dont know i fight 4 wat....Semuanya semakin kabur....Kelas demi kelas saya tinggalkan, masuk lewat, tidur dalam kelas,markah test yang amat mngecewakan, semangat belajar semakin luntur.....Sahabat tegur hati ni tersentak gak tapi tak buat pembaikan pun....ibaratnya masuk telinga kanan kuar telinga kiri.....Kalau dahulu saya ada senior sebagai tempat menaikkan semangat....skang ni...adesss....Takutnya....kenapa ini tiba2 terjadi....baking tul saya kali ini.....


Jejak demi jejak saya susuli untuk mencari di mana pincangnya...Jawapan tidak saya temui....Skitnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja.....

Terkenang mereka yang memanfaatkan masa yang mereka ada....belajar bersungguh-sungguh...Mereka betul-betul fight 4 wat their studying....Hati tersentak....Wat different i with them...Our goals is same...but i...more to waste my time....why?.. Sepertinya saya kembali kepada saya yang dahulu.....

Oh tidak....Ini tidak boleh terjadi...Saya harus bangkit....anda juga harus bangkit....Kena buat yang terbaik....kena jugak...Bagaimana nak melayakkan diri antara yang berjihad n memperjuangkan agama ALLAH klo masalah sekecil ini tidak mampu untuk diselesaikan...

Wake up!...wake up!...wake up!......Walau dimana kita berada akhlak islam mesti ada dalam jiwa...Tunjukkan contoh yang baik... we must show "Qudwah Hasanah" with another person..Itu barulah menngamati Islam yang sebenar.....Jangan malas2....Jangan nak menangkan Syaitan n nafsu yang sentiasa mencucuk untuk menghumban kita bersama2NYA di Neraka yang penuh dengan kesakitan......


usaha...berusaha....dan teruskan usaha.....hingga ketitisan hayat yang terakhir.....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sharing

Assalamualaikum...

Perbualan Rasulullah dengan iblis...

Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Iblis, “Berapa banyak keperluanmu yang pernah kamu minta kepada Tuhan?”

Iblis menjawab, “Aku meminta 10 jenis keperluan iaitu:

  1. Aku meminta supaya dapat bergabung dengan anak cucu Adam dalam kekayaan dan anak-anak mereka. Setiap harta tidak mereka zakatkan, maka aku ikut memakannya. Aku juga turut memakan harta riba, harta yang haram dan harta yang tidak dimintakan perlindungan Allah.
  2. Aku ikut bersetubuh dengan orang-orang yang bersetubuh dengan tidak diminta perlindungan Allah. Kemudian apabila seorang anak dilahirkan hasil daripada hubungan itu, anak itu lebih mendengar perintahku dah lebih taat kepadaku berbanding Allah.
  3. Aku menemani orang yang naik kenderaan bagi mencari harta yang tidak halal.
  4. Aku meminta rumah, maka kamar mandi adalah rumahku.
  5. Aku meminta masjid, maka pasar adalah masjidku.
  6. Aku meminta Quran, maka syair-syair adalah Quranku.
  7. Aku meminta azan, maka suara trompet adalah azanku.
  8. Aku meminta tempat tidur, maka orang- orang mabuk adalah tempat tidurku.
  9. Aku meminta teman yang menolongku, maka kelompok Qadariyah adalah teman penolongku.
  10. Aku meminta sahabat karib, maka orang yang menginfakkan hartanya dalam kemaksiatan adalah sahabatku.

Wahai MuHammad, aku memiliki pelbagai jenis anak seperti berikut:

a. Atamah yang bertugas kencing di telinga orang yang tidur meninggalkan solat Isyak. Andaikan bukan kerana Athamah, setiap orang Islam hanya tidur sesudah mereka melaksanakan solat isyak.

b. Mutaqadhi yang bertugas menjadikan umatmu selalu menunjuk-nunjuk dalam beramal. Dengan demikian, Allah menghapuskan 99 peratus nilai amal mereka sehingga nilai amal mereka tinggal 1 peratus sahaja.

c. Kuhyal yang bertugas mengusap kelopak mata setiap orang yang berada dalam majlis taklim dam solat Jumaat sehingga mereka mengantuk dan tertidur. Dengan itu, Allah tidak memberikan kebaikan kepada ibadahnya sedikut pun buat selama-lamanya.

d. Dua anakku selalu duduk di punggung dan jari-jemari setiap wanita ketika mereka keluar rumah sehingga menarik perhatian lelaki yang melihatnya.

Begitulah serba sedikit dialog Nabi Muhammad s.a.w dengan iblis. Strategi iblis itu menjadi dasar perilaku syaitan dalam menyesatkan manusia. Semoga Allah menolong kita dalam menghadapi musuh kita semua. Tanpa perlindungan daripada Allah, mustahil kita dapat selamat daripada jeratan iblis dan seluruh keturunanya. Ini kerana Allah mentakdirkan seluruh bani Adam memiliki pendamping syaitan.

(Taken from 3T: Taubat Tasbih Tahajud by Zaini Al Akbar pg 44-45)


****Perkongsian ringkas dari blog sahabat.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bermakna ka puasa dalam mendidik jiwa??



Bermakna ka puasa ku ini?Persoalan yang aku sendiri tidak tahu jawapan pd psoalan ini. Tetapi nampaknya lebih kepada puasa yang tidak ada nilai. Sedih cmpur kecewa....

Marah ku membuak buak pada tiap hari. Tapi hari ini pelik skit...Ia lebih kerap berlaku. Marah
ku yang pertama alhamdulillah aku berjaya susutkan. Malangnya marah ku yang seterusnya sangat membuak...Tingkahlaku ku menyokong kemarahan dalam jiwa...Sakit yang sangat seperti aku nak larikan diri dari semua orang. Kenapa aku marah???Aku sangat2 confuse dengan sikap aku kali ini..Tapi seperti disebabkan ego ku dicabar. Tinggikan suara padaku kerana ketidak fahamanku memahami pertanyaannya. Sungguh aku tidak dapat kawal keadaan itu. Aku malu.....Aku nak mengamuk....Yang penting sekali aku nak menangis....Bila marah menguasai diri sure aku pasti menangis.....menangis kerana hati sakit dikuasai kemarahan.

Bila ku fikir sejenak....Sepertinya aku pernah wat perkara ini pada orang lain...Memang benarlah ALLAH akan balas apa yang kita buat pada orang lain. Dan kini aku merasainya. Sungguh sakit rasanya....Maafkan diri ini pada sesiapa yang pernah diperlakukan seperti tindakan di atas..


Bukhari merekodkan Rasulullah berkata, "Puasa itu bagaikan perisai. Apabila kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Apabila ada yang mencaci ataupun menyerang, beliau perlu berkata: Saya ini berpuasa."

Terang sangat aku gagal mendidik jiwa dengan berpuasa..hati aku berdendam....Malunya aku dengan ALLAH...Aku tidak ada hak untuk berbuat demikian...Hanya di uji dengan sedikit ujian aku dah tewas..

Aku patutnya bersabar dan kawal tingkahlaku ku...Maafkanku YA ALLAH......Maafkan ketidakpatutan sikap ini.....

puasa ku tidak bermakna. Hati aku tidak terdidik......astagfirullahala'zim

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Expecting Zero

Assalamualaikum..........


Alhamdulillah...

ALLAH didik lagi hati ini....Alhamdulillah

Kita berhubung dengan ramai orang di sekeliling.Ada yang sekepala,ada yang berbeza dari pelbagai aspek.Ada berhubungan rapat dan ada yang sekadar kenal wajah....Hakikatnya Mereka sentiasa ada kaitan dengan kita sama ada kenal atau tak..Rapat atau tidak yakni "Saudara seislam".

Firman ALLAH swt:




“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..”Al-Hujurat:10


Rasulullah s.a.w bersabda:


“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”.

(Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).

Ada pelbagai sikap dan bentuk dalam kita berinteraksi dengan mereka sama ada yang dekat atau jauh.Dan ada pelbagai masalah perihal hati yang wujud.Itulah antara salah satu ujian yang ALLAH beri pada hamba2 NYA.
Agaknya bagaimana kita mengawalnya?bagaimana kita menyelesaikannya?...Amat sukar bukan?Memang sangat sukar bila kita mengharap yang terbaik dari mereka.Kita letak harapan yang tinggi pada mereka.Padahal mereka juga insan seperti kita yang penuh dengan kelemahan dan ujian sama seperti kita.

Apabila kita meletakkan harapan kepada mereka untuk buat ini,itu ,meletakkan peratus kepada mereka untuk melayan begini dan begitu pada kita.Kita pasti akan kecewa.

Situasi 1(Dalam sebuah keluarga)

Si anak mengharapkan ibubapanya memberikan 100% kasih sayang dan perhatian dari mereka.Apa akan jadi apabila mereka tidak mampu atau bersikap demikian malah melebihkan pada adik beradik yang lain?

Situasi 2(Dua orang sahabat)

Si A mengharapkan si B melayannya selalu,ambil berat tentangnya selalu,mesej dan contactnya selalu.Bila si B tidak dapat melaksanakannya apa agaknya perasaan si B??

Kita pasti sudah sedia maklum apa yang bakal berlaku.Marah,benci,dendam dan pelbagai sikap mazmumah menemani hati kita.Kedua- dua situasi sebenarnya menghubungkan kita dengan satu sifat yakni tahap bersyukur dalam diri kita.

Apabila kita expect tinggi untuk mereka memenuhi permintaan kita padahal mereka yang juga bergelar hamba seperti kita,kita pasti menemui kekecewaan.Apabila mereka gagal berbuat demikian,kita jadi sakit hati,menunding jari pandangan benci pada mereka kerana menyakiti kita dan banyak perbuatan tidak baik yang dibantu dengan cucukan iblis lanatullah.Tapi sedarlah sebenarnya kita akan tergolong dalam golongan hamba2 NYA yang tidak bersyukur. Nauzubillahiminzalikh...Kenapa nak pertikaikan apa yang kita tidak perolehi?

Expect la zero dari mereka.InsyaALLAH kita mudah menerima ujian yang ALLAH lontarkan melalui mreka.Jangan meletakkan harapan yang tinggi pada mereka.Hanya ALLAH lah tempat kita meletakkan harapan.Serahkan lah semuanya pada DIA yang maha Adil dan Bijaksana.Hati mereka juga dipegang oleh DIA sama sepeti kita.Bersyukurlah sentiasa dengan apa yang telah ALLAH susun untuk kita.Berterima kasihlah pada DIA dan mereka atas segala bentuk pemberian.Terima mereka seadanya.Kasih mengasihi,nasihat menasihati,tolong menolong tapi jangan sesekali mengharap sesuatu dari mereka.Tujukan lah segala bentuk harapan pada DIA yang ESA.Andai kita meletakkan harapan yang tinggi pada mereka,pastikanlah hati kita bersedia bersangka baik apabila dia gagal berbuat demikian....Pujuklah hati kita.

Sama-samalah kita fikirkan.....

maaf segala kekhilafan bila membaca entry ini....actually tak reti nak susun ayat.....



*entry ini adalah juga peringatan buat diri ini yang selalu lalai dan leka.harap dapat menjadi hambaNYA yang lebih bersyukur

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Go ahead

Assalamualaikum......

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah still rasa cebisan kekuatan dariNYA.....DIA memang tidak pernah meninggalkan hamba2 NYA....even certain time rasa keseorangan.....perasaaan yakin akan kasih sayangNYA masih dapat mendidik hati hamba2NYA.....

Betul???.....Salah???.....tak kan pernah mencapai kata sepakat....betul di pihak nya...salah dipihak lainya dan sebaliknya.....Tapi sebenarnya bukan persoalan ini yang patut di selesaikan...tiada yang salah dan betul....tapi menengakkan pendirian masing2 menyebabkan salah dan betul mahu diputuskan....

hati lain2 menyebabkan pendirian berbeza....tapi hakikatnya hati dipegang oleh "tangan" yang sama yakni ALLAH.....Berpegang pada syariat NYA akan menghasilkan matlamat dan akan memperjuangkan benda yang sama.....dan akhirnya wujud persamaan antara mereka dan aku...

satu benda yang terlepas pandang,kefahaman adalah berbeza.....apa yang mereka faham mayb aku tak faham.....apa yang aku faham mayb mereka tak faham....mahu diungkaikan semua tapi perdebatan selalu kalah di pihak pembangkang...pembangkang???...ya aku la pihak pembangkang.

Allah didik hati untuk terima dan redha.....menghormati dan cuba memahami pendirian dan situasi orang lain..hati tak bersyukur mengeluh("susahnya dan sakitnya hati aku nak terus cuba memahaminya...padahal entah dia cuba ke tak memahami diriku").sadis2

Satu perkara yang aku dapat simpulkan untuk beberapa ujian yang aku hadapi.....about them...REDHA....REDHA....REDHA.....mereka menyakitiku...redha...mereka mengabaikanku....redha....mereka meninggalkanku..redha.....why kena redha????sebab hakikatnya semua yang mereka lontarkan adalah dari ALLAH...

Adil??...simple word but difficult 2 understand..RM 10 bila di berikan kepada 5 orang tidak bermakna sorang KENA dapat RM2..ikut keperluan....sukar terjemahkn dalam ayat apa yang ada d kepala...huh!...INSYA ALLAH akan di jelaskan pada entry seterunya...

'maaf'...perkataan yang aku nak sangat lontarkan pada mereka....tapi ego mengatasi....kenapa aku asyik nak minta maaf walhal tak beberapa lama aku buat lagi....kenapa aku asyik nak minta maaf padahal aku tidak rasa aku salah....senang nak menyatakan teory tapi sungguh praktikalnya keluh lidah untuk berbicara...dalam proses....satu persoalan yang aku nantikan jawapannya sangat2....y mereka sukar menyatakan maaf padaku....tidak tahu ka mereka yang aku merasakan mereka salah padaku...or perasaan ini yang memang selalu salah...

akhirnya kedua- dua pihak mempertahankan ego masing2....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

VS give up

Assalamualaikum....



Alhamdulillah sangat2.....kesyukuran dipanjatkan atas cebis-cebis kekuatan yang masih dirasai....Alhadulillah....

Hati sedikit mengeluh......penat,letih,sakit,nak larikan diri...........argh.......bosan dengan perkataan ni....

Melihat kekuatan mereka hati tambah nak mengasingkan diri.mereka hebat,hati mereka kuat,mereka matang.andai hati mereka lemah,mereka mampu atasi. Hati ini???...Apa kah kedudukan hati ini???unknown...

Banyak sangat tragedi baru-baru ini....Allah hadirkan untuk menguji aku...luluskah aku pada ujian ini????of course GAGAL...Aku dah cuba berusaha untuk luluskan diri....aku betul-betul berusaha....aku tak tipu...sungguh.....Aku wat kerja gila yang aku tak besa buat.Beramah dengan mereka..mengenal mereka...tapi feedback sangat mengecewakan......aku tak di hiraukan....Adakah kerana niat ku....Tapi aku dah cukup jaga niat kali ni....adessss


Rasa give up dah sangat menghampiri.....tak nampak jalan untuk teruskan....dikelililngi oleh benteng kukuh....tak leh nak lalu andai benteng tak di runtuhkan....Dalam kurungan benteng.....penat,letih....usaha meruntuhkan sentiasa gagal.Mengintai dicelah benteng,mereka yang di luar sedang bergembira,merasai rahmatNYA.Tidak nampak kesulitan pada wajah mereka....Mereka lah hamba-hambaNYA yang berjaya menundukkan nafsu mereka.Tahniah untuk mereka.

Bagaimana pulak dengan aku???....Malu pada diri sendiri...Selalu tewas buatkan diri ini tak mampu untuk berdepan dengan sesiapa lagi.Kesungguhan ini akhirnya tewas....tak nak wat apa2 lagi....tak nak berusaha lagi....keletihan ini perlu dirawat....Biarlah mereka dengan kegembiraan mereka.....Biarlah aku dengan kelukaan aku...cukup-cukup lah aku minta batuan dari mereka kerana hakikatnya aku yang tak dapat tolong diri sendiri...


Allah berfirman:


مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu





Ini bermakna semua yang berlaku pada hamba2NYA sama ada baik atau tidak adalah dariNYA....Apa yang berlaku semua ujian darinya.

Allah berfirman lagi:


لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

Aku patut rasa tenang dengan ayat ni.....Yakin dengan janjinya...Aku cuba terima segalanya.....
Tapi aku dah cukup penat..sakit dengan luka-luka usaha yang langsung tak menbuahkan hasil..
Biarlah aku mendiamkan diri sahaja..Aku tak perlu bersama dengan mereka pada ketika ini..Diamku tak bermakna aku nak mengasingkan diri dengan mereka selamanya.....aku tak kan berputus asa.....Doaku tetap bersama dengan mereka...love u ALL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS