HATIKU





Firman Allah: "(Yaitu) di hari yang harta dan anak-anak tidak akan bermanfaat kecuali siapa yang datang mengharap Allah dengan membawa hati yang selamat." (Asy-Syura: 88-89).

Hati sihat adalah :

Apabila ia mencintai maka cintanya kerana Allah,
apabila ia membenci maka bencinya kerana Allah,
apabila ia memberi maka memberinya kerana Allah,
apabila menolak maka menolaknya kerana Allah.

Tapi hatiku tidak....hatiku sakit sangat....


Apabila mencintai selalu sahaja mengabaikan tanggungjawab ku pada Allah,
apabila membenci,benci ku kerana mereka tidak cuba memahamiku ,
apabila memberi,memberiku kerana ingin kan perhatian dari mereka ,
apabila menolak ,menolakku kerana tak sukakan n balas dendam pada mereka.

Semua PERKAITAN adalah pada "mereka",bukan pada ALLAH....Astagfirullahala'zim


hatiku hidup tapi dihinggap banyak penyakit
hatiku taat terhadap perintah ALLAH tetapi selalu juga berbuat maksiat
hatiku mencintai ALLAH,beriman kepadaNYA dengan ikhlas dan tawakal kepadaNYA
TETAPI juga mncintai nafsu dan kadang2 berusaha untuk mendapatkannya...


Hasad, sombong (dalam beribadah kepada Allah), ujub, dan terombang-ambing
antara dua keinginan yaitu keinginan terhadap kenikmatan kehidupan akhirat serta
keinginan untuk mendapatkan gemerlapnya dunia.


kebaikan bukan lah dilaksanakan seiring dengan kejahatan..Tetapi kebaikan dilakukan untuk menghapuskan kejahatan....
Hatiku pula asyik berlawanan antara kebaikan n kejahatan...Yang menyedihkan nafsu jahat seringkali mndapat kemenangan piala hati.....

Astagfirullahala'zim..

Marilah sama2 kita check hati masing2.....moga tindakan pemulihan akan menyusuri setelah kajian keatas hati masing2 dilaksanakan....carilah dimana kekotoran n sakitnya......InsyaALLAH segala nya akan berubah menjadi lebih baik....balik semula kepadaNYA......ALLAH HU AKHBAR

chayo2!!!!

:-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment